Notification: Public Comments on the Draft Reviewed Spectrum Plan (mySpectrum Plan 2010)
Draft Reviewed Spectrum Plan (mySpectrum Plan 2010)
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ingin memaklumkan bahawa dokumen Deraf Kajian Semula Pelan Spektrum telah diterbitkan di laman web SKMM:
MAKLUMBALAS ORANG RAMAI MENGENAI
DERAF KAJIAN SEMULA PELAN SPEKTRUM
(mySpectrum Plan 2010)
SKMM ingin mempelawa orang ramai untuk memberikan ulasan bertulis mengenai perkara berkaitan deraf dokumen ini. Mereka yang ingin turut serta adalah digalakkan untuk menyokong ulasan masing-masing dengan alasan dan, di mana berkenaan, memberi atau merujuk kepada bukti atau maklumat lain yang berkaitan. Sila hubungi alamat tertera di bawah untuk sebarang pertanyaan atau penerangan lebih lanjut mengenai deraf dokumen ini.
Semua ulasan bertulis, sebaiknya dalam bentuk elektronik hendaklah dihantar secara bertulis atau secara elektronik kepada alamat di bawah atau e-mel kepada spreview@cmc.gov.my pada atau sebelum12 tengah hari, Selasa, 6 Julai 2010.
Untuk memastikan keputusan dibuat melalui proses perundingan yang kukuh mengambilkira semua maklumat yang relevan, selain notis dan penerbitan dokumen deraf, SKMM akan juga berunding melalui pelbagai kumpulan konsultatif spektrum yang mungkin menerbitkan ulasan yang diterima. Segala maklumat komersial yang bersifat sensitif mesti diletakkan di halaman berasingan yang jelas ditandakan “SULIT”.
Pihak SKMM ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak-pihak berminat di atas kiriman ulasan dan maklumbalas serta kesudian menyertai proses konsultatif ini.
Jabatan Perancangan dan Penyelidikan Spektrum,Bahagian Perancangan dan Penyelidikan,Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia,
Off Persiaran Multimedia,
63000 Cyberjaya.
Tel: +60 3 8688 8000
Fax: +60 3 8688 1006
E-mel: spreview@cmc.gov.my
Laman Web: http://www.skmm.gov.my/
Untuk Perhatian: Kajian Semula Pelan Spektrum